HomeUtamaIni pilihan raya terakhir saya - Hajiji

Ini pilihan raya terakhir saya – Hajiji

Read Time:1 Minute, 8 Second

Tuaran : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) adalah yang terakhir penyertaannya selepas lebih 35 tahun dalam arena politik negeri.

Beliau mengakui tidak pernah menyangka untuk menjadi Ketua Menteri Sabah namun kekal mempunyai semangat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, perjuangan politik ada hadnya dan perlu diteruskan oleh generasi baharu.

“Separuh hidup saya, 35 tahun, telah saya serahkan sebagai wakil rakyat. Inilah kali terakhir saya ikut pilihan raya.

“Itu pun kerana saya sebagai Pengerusi GRS, Ketua Menteri dan Presiden parti. Kalau tidak, lama sudah saya ingin berehat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan DSP Hj Hajiji dan majlis persaraan Guru Besar SK Bundung, Tuaran di sini pada Khamis.

Hajiji yang kini berusia 70 tahun berkata, perjalanan politiknya bukan sesuatu yang pernah dijangka, malah menganggap pelantikan sebagai Ketua Menteri adalah ketentuan Allah SWT.

“Saya tidak pernah mimpi jadi Ketua Menteri. Semua ini kerja Allah SWT, bukan kerja kita. Ramai orang pandai, ada yang berangan mahu jadi YB, tetapi tidak kesampaian. Sebab itu kita kena banyak bersyukur,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya keikhlasan dalam perjuangan, meskipun sering berdepan pelbagai cabaran dan kritikan sepanjang bergelar pemimpin.

“Dalam politik ini, memang tidak lari daripada dikecam. Tetapi selagi kita buat baik, selagi kita jujur dengan rakyat, insya-Allah Tuhan akan memberkati hidup dan perjuangan kita,” katanya. – Chronivo / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular