HomeUtamaKes Zara Qairina: Menteri KDN akui kekhilafan ketika menyebut nama anak...

Kes Zara Qairina: Menteri KDN akui kekhilafan ketika menyebut nama anak Menteri Sabah

Read Time:52 Second

Kuala Lumpur  : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku kekhilafan ketika menyebut nama anak kepada Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang mengaitkan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina dalam sesi persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah yang meminta penjelasan dan pembetulan berhubung kenyataan terdahulu, selepas nama anak serta bapanya disebut secara tidak tepat.

Saifuddin berkata, beliau mengakui kesilapan berkenaan dan segera menarik balik kenyataan yang dibuat.

“Tan Sri Yang di-Pertua, saya akui khilaf ketika menyebut nama. Nama bapa itu betul, cuma nama anak ada kekeliruan sedikit. 

“Saya tarik balik kenyataan itu dan membuat pembetulan,” katanya di sini pada Rabu.

Penjelasan itu sekali gus meleraikan kekeliruan yang timbul berhubung sebutan nama tersebut.

Terdahulu, Matbali memohon kepada Menteri Dalam Negeri untuk membuat satu pencerahan dan pembetulan berkenaan kenyataan sebelum ini.

“Untuk makluman, anak Datuk Mohd Arifin ialah Sofia Raihana Mohd Arifin dan Safa Arifah Mohd Arifin. Saya mohon Yang Berhormat Menteri membuat pencerahan,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular