HomeUtamaPeristiwa hijrah perkukuh perpaduan ummah

Peristiwa hijrah perkukuh perpaduan ummah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Umat Islam diseru untuk terus menghayati dan memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai titik tolak kepada pembentukan tamadun Islam yang unggul.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Dr Sabin Samitah berkata, peristiwa hijrah yang menjadi asas kepada penetapan takwim Islam bukan sekadar catatan sejarah, tetapi menjadi simbol perjuangan, pengorbanan, dan perubahan menyeluruh dalam kehidupan umat Islam.

Katanya, Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah menandakan permulaan kepada perubahan besar dari segi sosial, politik dan rohani.

“Ia adalah satu peristiwa penting yang memperkukuh perpaduan ummah dan membentuk masyarakat yang berteraskan nilai-nilai Islam sejati.

“Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi lambang pembinaan jiwa, perubahan sikap dan pengukuhan iman. Ia menuntut kita agar sentiasa berusaha memperbaiki diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ma’al Hijrah dan Mahrajan Kesenian Islam (Kompang, Nasyid, Marhaban dan Barzanji) peringkat bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Isnin.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan Mahrajan Kesenian Islam, yang menampilkan pelbagai persembahan seperti nasyid, marhaban, barzanji dan kompang merupakan kesenian yang mencerminkan keindahan Islam dan menjadi wadah dakwah yang dekat dengan hati masyarakat.

Sabin berkata, penganjuran majlis itu bukan sahaja bertujuan untuk memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, tetapi juga sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat, menyemai nilai murni, serta memperkukuhkan jati diri Islam dalam era penuh cabaran.

Turut disampaikan pada majlis itu adalah Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada individu yang telah menunjukkan sumbangan luar biasa dalam pembangunan masyarakat dan penyebaran syiar Islam. – Chronivo / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular