Read Time:24 Second
KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, mengetuai rombongan MUTIARA GRS dalam lawatan amal ke Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu, pada Isnin.

Dalam lawatan itu, Juliah bersama rombongan menyantuni pesakit selain menyampaikan pelbagai sumbangan termasuk bakul kelengkapan mandian.

Beliau turut menyerahkan replika cek sumbangan MUTIARA GRS kepada Rumah Palliative Care Association of Kota Kinabalu yang diterima Presidennya, Datuk Dr Jaswant Singh.
