KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini membentangkan kronologi lengkap berhubung kes kematian pelajar, Zara Qairina, di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, siasatan menunjukkan pihak sekolah, hospital dan polis bertindak segera tanpa sebarang kelewatan sebaik sahaja kejadian dimaklumkan.
Menurutnya Sejak saat pertama kejadian pada awal pagi 16 Julai, jam 3 pagi, saat adik Zara ini terdampar di longkang asrama, setiap langkah yang diambil oleh pihak terlibat adalah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
KRONOLOGI KEJADIAN
- Pembantu pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kinarut tiba seawal jam 3:45 pagi untuk memberikan rawatan awal, dan pada masa itu, mangsa masih bernafas. Ini menunjukkan respons pantas dan komited dari barisan hadapan perkhidmatan kesihatan.
- Ibu mangsa, Puan Noraidah binti Lamat, telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh warden sekolah seawal jam 4 pagi Dan Mangsa kemudiannya segera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada jam 4:27 pagi untuk rawatan lanjut, di mana doktor segera memberikan rawatan dan memasang alat bantuan pernafasan.
- laporan maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh seorang guru sekolah berkenaan pada jam 8.00 pagi pada hari yang sama.
- Ibu mangsa tiba di hospital pada jam 10:00 pagi untuk melihat keadaan anaknya. Selepas bertarung nyawa yang panjang, pada 17 Julai 2025 jam 1:07 tengah hari, doktor mengesahkan Zara Qairina meninggal dunia akibat kecederaan otak yang teruk.
- Laporan polis kedua berkaitan kejadian ini turut dibuat oleh ibu mangsa pada jam 1:40 petang pada hari yang sama.
- Pada jam 3:30 petang, Pegawai Penyiasat (IO) yang pertama daripada PDRM yang mengendalikan kes ini tiba di hospital. Doktor yang merawat telah mengesahkan punca kematian dan memaklumkan bahawa keputusan untuk menjalankan bedah siasat Adalah terserah kepada pihak polis.
- Pegawai penyiasat telah berjumpa dengan ibu mangsa dan memaklumkan tentang keperluan bedah siasat (post-mortem) itu.
- Ibu mangsa ketika itu menyatakan dia hendak menyegerakan pengebumian. Di sini, pihak Polis (Pengarah Siasatan) mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur siasatan oleh pihak pegawai polis yang berkenaan.
- Pihak hospital, khususnya dua (2) doktor bertugas, pada jam 5:00 petang di bilik mayat, sekali lagi menasihati ibu mangsa agar bedah siasat dijalankan. Walau bagaimanapun, ibu mangsa tetap dengan keputusan beliau. Sebagai prosedur standard yang perlu dipatuhi dan menghormati hak beliau, Ibu Allahyarham telah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri, yang turut disaksikan oleh kakak ipar beliau.
- Keputusan ini, yang dibuat atas kehendak waris dan didokumenkan secara sah, telah dihormati sepenuhnya oleh pihak berkuasa pada waktu itu. (Non-compliance itu telah ditegur dan pihak polis akan mengambil tindakan dalaman)
KETERANGAN SAKSI
Jelas Saifudin lagi Sejak dari 18 Julai hinggalah 25 Julai, Pihak PDRM sudah memanggil sampai 38 saksi… sehingga ini kita telah pun mengambil keterangan daripada 195 saksi.
” Pagi tadi, pihak polis telah menyerahkan kepada peguam negara – dan sekarang menunggu keputusan peguam negara sama ada yakin dengan hasil siasatan untuk meneruskan apakah proses seterusnya.
” Pada masa yang sama, hari ini juga di Kota Kinabalu, siasatan Mahkamah Koroner Inkues telah menetapkan tarikh tarikh inkues – akan dimulakan pada 3 dan 4 September; 8, 9 dan 10 September, diikuti 22 hingga 30 September.
Saifuddin menegaskan, kerajaan hanya mempunyai satu tujuan dalam kes ini iaitu untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan di dalam kes ini.