HomeUtamaPentadbir, pelajar IPT diingatkan jadikan kes Zara Qairina iktibar - Mustapha

Pentadbir, pelajar IPT diingatkan jadikan kes Zara Qairina iktibar – Mustapha

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan memberikan peringatan tegas agar pihak pentadbir dan pelajar Kolej Komuniti serta Politeknik tampil berani melaporkan sebarang kejadian buli serta menjadikan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, sebagai iktibar.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya tidak mahu sebarang kes berkaitan buli dipendamkan sehingga berlaku tragedi seperti kes Allahyarhamah Zara.

“Sekolah ataupun institusi pengajian tinggi seluruh negara masing masing mohon buat laporan terus kepada pihak pengurusan supaya kita boleh tangani isu sedemikian jika berlaku, secepat mungkin.

“Diharapkan kes Zara ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara agar kita berhati hati dalam menangani kes buli ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti @ Sabah (JPTUK@S) Siri Ketujuh di Felda Umas, dekat sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Sepanggar itu, perdana menteri sendiri memandang serius isu berkenaan dan mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan perbuatan buli.

Mustapha turut menyeru golongan ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam mendidik serta memberi pendedahan awal tentang bahaya buli bermula dari rumah, bagi memastikan anak-anak tidak terjebak sama ada sebagai mangsa mahupun pembuli.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan siri jelajah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai inisiatif penting untuk memasyarakatkan pendidikan serta Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya buat golongan muda di pedalaman.

Katanya, pendekatan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui program JPTUK@S yang membawa kepakaran terus ke lapangan komuniti tanpa menunggu mereka hadir ke kampus menarik minat ramai anak muda luar bandar.

Antara tujuh kursus PSH yang ditawarkan sempena program ini termasuk Asas Pembuatan Sabun DIY, Gubahan Bunga dan Coklat, Pembuatan Keropok Lekor dan Sos Pencicah, Resin Art, Solarbot-Rekacipta Bot Jimat Tenaga, serta Pengenalan Sistem Gantungan dan Tayar Automotif.

Terdahulu, enam siri JPTUK@S telah berlangsung di Kota Belud (5 Julai), Kota Kinabalu (3 Ogos), Kudat (9 Ogos), Kota Marudu (10 Ogos) serta PPR Batu Sapi, Sandakan dan Segama, Lahad Datu (16 Ogos).

“Program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri, membuka peluang pekerjaan dan memberi ruang masyarakat mengaplikasikan kemahiran dengan kos yang minimum. Pendidikan bukan hanya berlaku di bilik kuliah, tetapi juga dalam kehidupan komuniti,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular