HomeUtama80 penyelam bersatu jayakan ‘Merdeka Dive 2025’ demi konservasi marin

80 penyelam bersatu jayakan ‘Merdeka Dive 2025’ demi konservasi marin

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Seramai 80 penyelam terdiri dari pelbagai agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan institusi akademik menyertai ‘Merdeka Dive’ 2025 di sini baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini, aktiviti menyelam itu menjadi misi bermakna untuk melindungi serta memulihara ekosistem marin di negeri ini.

Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Taman-Taman Sabah, Deus Diving Club, HYTECH-POMMEC, dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut kenyataan itu, objektif program adalah untuk memulihara semula struktur karang secara saintifik, sambil meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan mengekalkan ekosistem marin melalui aktiviti konservasi.

Selain itu, program itu juga dapat menjalinkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan NGO dengan memanfaatkan kepakaran ahli biologi marin dari UMS untuk memberi panduan dan nasihat teknikal.

“Program ini juga dapat melaksanakan pembersihan dasar laut, mengumpul sisa sampah serta menghapuskan haiwan perosak seperti landak laut dan tapak sulaiman mahkota duri yang mengancam kehidupan terumbu karang,” menurut kenyataan itu lagi.

Inisiatif ini menjadi simbol perpaduan dan semangat patriotisme sempena bulan Merdeka, mengingatkan kita bahawa memelihara alam sekitar adalah sebahagian daripada tanggungjawab negara. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular