HomeUtamaPeserta Himpunan Solidariti Untuk Zara Kecewa Pentas Dijadikan Medan Politik

Peserta Himpunan Solidariti Untuk Zara Kecewa Pentas Dijadikan Medan Politik

Read Time:1 Minute, 59 Second

KUALA LUMPUR,– Beberapa peserta Himpunan Solidariti #JusticeForZara di hadapan kompleks beli-belah Sogo yang ditemui malam tadi melahirkan rasa kecewa apabila pentas perhimpunan itu bertukar menjadi medan politik.

Malah tinjuan Petugas Chronivo yang turut membuat liputan himpuan malam tadi turut mendapati sebahagian peserta beredar dari lokasi selepas ucapan yang disampaikan mula berunsur politik.

Malah Seorang bekas guru menerusi ruangan komen di media sosial turut menyuarakan kekecewaan sama dan berharap himpunan itu mengekalkan semangat solidariti tanpa dipengaruhi kepentingan lain.

Aktivis yang juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh, melalui hantaran di laman media sosialnya turut menegur penganjur agar mengekalkan fokus pada isu utama iaitu kes buli dan tuntutan keadilan buat arwah Zara serta mangsa lain.

“Tak perlu selit point politik. Jangan selit langsung. Kalau nak ucapan politik, buat himpunan tertutup untuk ahli parti. Bila ajak orang turun dengan tajuk Justice for Zara tapi selit ucapan politik, memang sangat tak sesuai dan tak patut,” katanya.

Beliau menambah himpunan malam tadi bermula dengan baik melalui bacaan Yasin, doa dan laungan solidariti, namun mula bertukar apabila ucapan berbaur politik diselitkan sehingga beliau mengambil keputusan meninggalkan lokasi.

” Aku turun malam tadi niat untuk sokong Solidariti untuk arwah Adik Zara. Dan aku yakin majoriti yang turun malam tadi, semua demi adik Zara. Bukan mereka turun nak dengar ceramah politik, bukan nak dengar isu lain

” So harap sangat perhimpunan Justice for Zara malam ni dibanyak tempat, termasuk himpunan Justice for Faris di Stadium Sultan Muhammad IV, tiada agenda politik diselit.
Main isu politik lain masa lah weh. Tak payah selit walau sedikit”

Buat himpunan tu biarlah niat betul-betul untuk keadilan buat arwah adik Zara, arwah adik Faris dan mangsa-mangsa lain yang masih ternafi keadilan untuk mereka.
Begitulah katanya dalam hantaran tersebut.

Keadaan turut dipersoalkan apabila seorang individu yang sedang berdepan pertuduhan rasuah di Mahkamah Sabah dibenarkan berucap, mendakwa wujud cubaan pihak tertentu termasuk “VVIP” menutup isu terbabit.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut bercanggah dengan penafian beberapa pihak termasuk PDRM sebelum ini yang menegaskan tiada penglibatan mana-mana VIP seperti yang ditularkan di media sosial.

Sementara itu, Ratusan peserta berhimpun di hadapan kompleks beli-belah Sogo malam tadi bagi menunjukkan solidariti dan menuntut keadilan atas kematian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir.

Polis menganggarkan himpunan ‘Demi Zara’ itu dihadiri kira-kira 150 hingga 200 peserta.

Majoriti peserta hadir memakai baju berwarna hitam dan memegang sepanduk dengan mesej ‘Justice for Zara’ dan ‘hentikan buli’.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah ada kuasa tentukan siapa boleh masuk negeri – Hajiji Noor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular