HomeUtamaPremier Sarawak hadiri Persidangan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP di Sabah

Premier Sarawak hadiri Persidangan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP di Sabah

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi menghadiri Persidangan Kepimpinan Belia Antarabangsa RISEAP yang berlangsung di Kota Kinabalu.

Abang Johari yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini pada Jumaat. 

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, khususnya dalam memperkasa peranan belia Islam di rantau Asia Tenggara dan Pasifik.

Persidangan yang menghimpunkan delegasi belia dari pelbagai negara ini bertujuan melahirkan pemimpin muda berwawasan, berdaya saing dan berakhlak mulia melalui pengisian ilmiah, forum kepimpinan, dan program jaringan serantau.

Abang Johari dijadual menyampaikan ucaptama pagi ini yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan dan peranan belia dalam membentuk masyarakat sejahtera berteraskan nilai Islam.

Persidangan itu dijadual akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Mana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

Acara RISEAP International Youth Leadership di Sabah tahun ini menjadi platform penting mengukuhkan rangkaian belia Islam serantau serta memupuk semangat perpaduan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial di kalangan generasi muda. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular