HomeUtamaKerjasama dakwah Malaysia–Brunei semakin kukuh - Exco Agama Sabah

Kerjasama dakwah Malaysia–Brunei semakin kukuh – Exco Agama Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu :  Hubungan persaudaraan Islam dan kerjasama dalam bidang dakwah antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh menerusi penganjuran majlis makan malam bagi meraikan rombongan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam di sini, malam tadi.

Majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka itu dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Hadir sama pegawai kanan, pendakwah, serta jemputan khas dari kedua-dua negara.

Arifin berkata, kehadiran rombongan Brunei disifatkan sebagai simbol kekuatan ukhuwah Islamiah yang melangkaui batas sempadan negara.

Dalam ucapan alu-aluannya, Arifin berkata, Kerajaan Negeri Sabah menzahirkan rasa syukur dan kegembiraan atas peluang bertemu dalam majlis berkenaan.

“Kehadiran saudara-saudari seagama dari Brunei amat bermakna. Islam mengajarkan bahawa kita semua adalah bersaudara. Perjalanan memeluk Islam adalah satu nikmat besar yang datang bersama tanggungjawab untuk saling membimbing, membantu, dan menyokong dalam menghadapi cabaran hidup sebagai Muslim.

“Majlis ini bukan sekadar platform untuk menjamu selera, malah menjadi jambatan memperkukuh kerjasama dalam bidang dakwah, pendidikan, dan pembangunan ummah antara Malaysia dan Brunei,” katanya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama turut merakamkan penghargaan kepada rombongan Pusat Dakwah Islamiah Brunei atas kesudian hadir pada majlis itu.

Beliau berharap hubungan baik yang terjalin akan terus dipelihara serta dirahmati Allah SWT. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular