HomeUtamaMenteri Dalam Negeri jelaskan siasatan kematian Zara Qairina di Parlimen Isnin ini

Menteri Dalam Negeri jelaskan siasatan kematian Zara Qairina di Parlimen Isnin ini

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan membuat kenyataan menteri di Parlimen pada Isnin ini bagi menjelaskan perkembangan terkini siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13.

Katanya, siasatan yang dijalankan oleh pasukan petugas khas Bukit Aman mendapati wujud unsur ketidakcekapan pada peringkat awal siasatan, khususnya apabila pegawai penyiasat tidak meneruskan prosedur bedah siasat.

“Tindakan tidak meneruskan ‘post-mortem’ menimbulkan persepsi seolah-olah polis cuba menutup sesuatu.

“Malah, kami dimaklumkan buat pertama kali adanya surat persetujuan (consent letter) yang ditandatangani ibu mangsa untuk tidak dilakukan bedah siasat, yang sebelum ini tidak diketahui umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) 2025 di Menara Kinabalu di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu turut dipengerusikan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Susulan itu, Saifuddin berkata, arahan telah dikeluarkan untuk menggali semula mayat dan menjalankan bedah siasat oleh pakar perubatan.

Katanya, penemuan awal menunjukkan keserasian dengan laporan awal doktor berhubung punca kematian, dan maklumat ini telah dimaklumkan kepada ibu serta peguam keluarga mangsa.

“… kerana itu arahan supaya digali semula dibuat dan laporan post mortem sedang disiapkan oleh pakar-pakar perubatan dan the prelim finding, penemuan awal itu telahpun disahkan ada persamaan dengan laporan awal yang telah dibuat.

“Pemeriksaan awal dibuat oleh doktor tentang ’cause of death’ dan sebagainya. Perkara itu telah diterangkan kepada ibu dan juga peguamnya,” katanya.

Saifuddin berkata, kenyataan di Parlimen pada Isnin nanti bertujuan memberikan gambaran jelas kepada semua ahli Dewan Rakyat, memandangkan isu ini menjadi perhatian dan dibangkitkan oleh pelbagai pihak. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular