HomeUtamaKes pecah masuk stor, lelaki dipenjara 12 bulan

Kes pecah masuk stor, lelaki dipenjara 12 bulan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku pecah masuk sebuah premis bagi tujuan mencuri.

Irwan Affandi, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Irwan bersama individu yang masih bebas telah melakukan pecah masuk tempat menyimpan harta benda milik syarikat Galilee Design & Build, bagi mencuri satu set mesin kimpalan (welding machine), satu set kabel dan sebuah mesin pemotong.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Mei 2024 di sebuah stor milik syarikat tersebut di Sadong Jaya.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan boleh juga dikenakan denda. Jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tertuduh berjaya ditahan susulan laporan polis yang dibuat.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang individu.

Mohamad Atif Mohd Shuib didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada 12 Jun lalu, kira-kira jam 3.30 pagi, bertempat di hadapan sebuah premis di Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Oktober sebagai sebutan kes pra perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular