HomeUtamaSeluruh negara anjur bacaan yasin, solat hajat untuk Allahyarhamah Zara Qairina Khamis...

Seluruh negara anjur bacaan yasin, solat hajat untuk Allahyarhamah Zara Qairina Khamis ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kuala Lumpur : Semua masjid di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13, pada Khamis ini selepas solat Maghrib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan itu sebagai tanda solidariti, doa, dan ingatan tulus seluruh umat Islam terhadap Allahyarhamah.

Katanya, ia juga bagi memohon rahmat dan keampunan Allah SWT ke atasnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Beliau turut menyeru umat Islam, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, untuk hadir dan menyertai majlis tersebut di masjid atau surau masing-masing.

“Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah ini memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat almarhumah,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Sabah turut mengumumkan akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir Khamis ini.

Majlis itu akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, majlis itu akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan diadakan serentak di semua masjid dan surau di seluruh negeri.

“Pada Jumaat, saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras Majlis Tahlil dan Doa untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di semua masjid dan surau seluruh Negeri Sabah.

“Bersama-samalah kita berdoa semoga Allahyarhamah beroleh maghfirah dan rahmah,” katanya dalam satu kenyataan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 biasiswa disedia, pelajar boleh mohon TPNS, BUDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular