HomeUtamaIPDAS lahirkan lebih 16,000 graduan dalam tempoh 46 tahun

IPDAS lahirkan lebih 16,000 graduan dalam tempoh 46 tahun

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Seramai 16,327 graduan berjaya dilahirkan di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)  sejak penubuhannya pada 46 tahun lalu.                

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pencapaian itu adalah bukti keberkesanan IPDAS sebagai institusi yang membina masyarakat berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama serta negara.

”Pada konvokesyen tahun ini, seramai 305 graduan diraikan membabitkan 97 graduan Diploma Dakwah Islamiah (DDI), 28 graduan Sijil Pengajian Islam (SPI), 167 graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) Kampus Kudat dan 13 graduan SAPIM di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.

”Kejayaan para graduan hari ini bukan semata-mata hasil usaha fizikal dan kecerdikan akal tetapi juga berkat taufik dan hidayah Allah yang memandu langkah mereka dalam menuntut ilmu.

”Kenaikan darjat ini bukanlah penghujung perjalanan, sebaliknya amanah untuk terus memanfaatkan ilmu bagi membimbing masyarakat, memperkukuh dakwah dan menjadi agen kebaikan di mana sahaja berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19 Tahun 2025, di sini pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut menyampaikan Anugerah Pingat Emas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah kepada AlHassan Abdul di samping penyampaian beberapa anugerah lain, diploma dan sijil kepada para graduan.

Mohd Na’im berkata, konvokesyen itu bukan penamat perjalanan ilmu, sebaliknya permulaan untuk terus melangkah ke peringkat lebih tinggi, termasuk ke Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Sejarah IPDAS bermula pada 1979 sebagai Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) untuk golongan muallaf, sebelum diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada 1984.

Perkembangan pesatnya diperkukuh dengan perasmian bangunan baharu di Kudat pada 2004.

Bermula 2024, IPDAS memperkenalkan Diploma Dakwah Kontemporari yang menekankan kemahiran teknologi digital dan multimedia, selari aspirasi negara untuk merapatkan jurang antara turath Islam dan ilmu semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular