HomeUtamaTun Musa arah siasatan telus kematian Zara Qairina

Tun Musa arah siasatan telus kematian Zara Qairina

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman telah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13.

Istana Seri Kinabalu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bedah siasat telah dilakukan pada Ahad dan siasatan kini sedang dijalankan dan menunggu keputusan hasil bedah siasat tersebut.

“Siasatan ini mestilah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kebenaran dan keadilan. Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya.

“Menuntut keadilan bukanlah satu bentuk pembalasan. Sebaliknya ianya adalah suatu perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum mereka yang bersalah,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Istana Seri Kinabalu menyeru orang ramai, khususnya pengguna media sosial, agar tidak membuat spekulasi, menyebarkan tuduhan tidak berasas atau menggalakkan teori konspirasi yang boleh menjejaskan integriti siasatan serta menambah kesedihan keluarga mangsa.

“Semua pihak perlu memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil serta berdiri seiring dengan keluarga Zara dalam mencari jawapan dan penyelesaian kes ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Tun Musa dan isteri turut merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga Allahyarhamah, sambil mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini.

Dalam pada itu, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri untuk Allahyarhamah Zara akan diadakan pada Khamis, selepas solat maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan secara serentak di semua masjid dan surau di seluruh Sabah.

Tun Musa turut menggalakkan umat Islam untuk hadir ke majlis berkenaan, manakala mereka yang bukan beragama Islam disaran berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

“Keselamatan dan kebajikan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan kita semua,” katanya sambil mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarhamah Zara dalam kalangan orang beriman serta memberi kekuatan kepada masyarakat untuk melindungi generasi muda daripada tragedi seumpama ini. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular