HomePolitikPRN17: GRS teruskan kerjasama dengan PH, fokus pembangunan Sabah

PRN17: GRS teruskan kerjasama dengan PH, fokus pembangunan Sabah

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Perkara itu dinyatakan dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan pada malam ini.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerjasama itu telah banyak membantu menstabilkan politik di Sabah selain memberi ruang kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan khusus kepada usaha-usaha membangunkan negeri ini.

Katanya, ini termasuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kemudahan asas.

“Kita akan duduk semeja dengan kepimpinan PH dalam masa terdekat bagi menentukan agihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti masing-masing. 

“GRS kekal berpendirian bahawa parti-parti tempatan hendaklah mengambil peranan utama dalam kerjasama yang akan dipersetujui,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, majlis tertinggi GRS tidak membincangkan atau menyentuh sebarang kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi PRN17. – Chronivo

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

34 tahun BN perintah, Sabah masih jauh ketinggalan – Mazlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular