Oleh Erdie Ab Wahid
Tuaran : Pelajar sebuah kolej swasta, Aiman Atirah Maisarah Zaidin,19, berjaya dinobatkan sebagai Ratu Serimpak sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025.
Aiman yang mewakili daerah Tuaran berjaya menewaskan beberapa peserta lain dari seluruh negeri Sabah.
Kemenangan itu membolehkan Aiman membawa membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan biasiswa pendidikan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) serta beberapa hadiah iringan lain.
Peserta mewakili Sandakan, Isnia Elyanie Ag Azliee,21, berjaya meraih tempat kedua sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan serta beberapa hadiah iringan lain.

Tempat ketiga dimenangi peserta mewakili Kota Kinabalu Baslizatun Asaniah Alli,25, dengan hadiah RM2,000; sijil penghargaan dan hadiah iringan.
Sementara itu pemenang ditempat keempat hingga kelapan masing-masing dimenangi Sharifah Nur Aina’ Mohammadin,22, (Papar); Arina Arisha Jafri,19, (Kota Belud); Amirah Zarifah Azman,22 (Kuala Penyu); Norhamizah Ibrahim,25, (UMS) dan Nurafizah Abdullah,23, (Keningau).
Semua hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Faridah Tussin di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah yang diadakan selama empat hari sejak Khamis lalu disempurnakan Yang di-Pertuan Negeri Tun Musa Aman dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliag Salag. – Chronivo