HomeUtamaPeguam Nafi Video Tular Kaitkan Wanita Menjerit Dengan Kes Zara Qairina

Peguam Nafi Video Tular Kaitkan Wanita Menjerit Dengan Kes Zara Qairina

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh :  Normimie Diun

Kota Kinabalu — Peguam keluarga kepada pelajar, Zara Qairina, hari ini menafikan kandungan sebuah video tular di TikTok yang memaparkan seorang wanita menjerit-jerit kononnya dikaitkan dengan kes tersebut.

Hamid Ismail berkata, individu dalam video itu bukan Zara dan bukan ahli keluarganya, sambil menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menambah tekanan emosi kepada keluarga mangsa.

“Itu bukan Zara, dan bukan keluarga Zara. Saya harap netizen tidak menyebarkan perkara fitnah yang boleh menambah tekanan kepada keluarga, terutama ibu Zara yang sedang berada dalam keadaan emosi,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di sini, hari ini.

Menurut Hamid, proses bedah siasat terhadap pelajar berusia 13 tahun itu telah bermula dan dijangka selesai hari ini.

“Bedah siasat ini akan disiapkan hari ini juga. Selepas itu, jenazah akan dibawa pulang untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan yang sama seperti sebelum ini,” katanya.

Mengulas kemungkinan penemuan berkaitan unsur jenayah, Hamid menjelaskan bahawa sebarang maklumat awal yang diberikan sebelum ini adalah laporan awal dan penentuan muktamad hanya akan dibuat melalui laporan bedah siasat lengkap yang lebih teliti.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan dijalankan secara telus dengan dua imbasan CT Scan dilakukan satu sebelum pengebumian terdahulu dan satu lagi semalam.

“Kedua-dua laporan ini (CT scan) akan dihantar kepada pakar di Semenanjung untuk perbandingan,” katanya.

Hamid menambah, laporan rasmi hasil bedah siasat akan dikeluarkan oleh dua pakar forensik yang menjalankan proses tersebut dan diserahkan secara rasmi kepada pihaknya kelak.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular