HomeUtamaJenazah Zara Qairina tiba di Jabatan Forensik HQE 1 untuk bedah...

Jenazah Zara Qairina tiba di Jabatan Forensik HQE 1 untuk bedah siasat esok

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Jenazah pelajar asrama, Zara Qairina Mahathir, 13, tiba di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) kira-kira jam 11 malam ini untuk menjalani proses bedah siasat esok.

Terdahulu, sebelum ke Jabatan Forensik, jenazah Zara telah dibawa ke Jabatan Radiologi HQE 1 pada jam 10.30 malam untuk proses pemeriksaan imbasan CT.

Peguam mewakili keluarga Zara, Hamid Ismail, berkata proses penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Kampung Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang bermula kira-kira jam 6 petang selepas pengecaman lokasi dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Permohonan penggalian kubur dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar sekitar jam 3 petang. Kami bergerak ke kawasan perkuburan, namun proses sedikit lewat kerana hujan lebat.

“Sebelum penggalian, pengecaman lokasi kubur dilakukan terlebih dahulu. Selepas itu barulah proses menggali yang mengambil masa antara 30 hingga 40 minit. Mayat dikeluarkan dan ibu arwah membuat pengecaman,” katanya ketika ditemui pemberita malam ini.

Menurut Hamid, pengecaman lanjut akan dilakukan pada jam 9 pagi esok sebelum bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HQE 1.

Katanya, ibu arwah Zara dalam keadaan tenang sepanjang proses penggalian dan pengecaman jenazah, yang turut disaksikan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Mufti Negeri Sabah, pegawai forensik, penyiasat serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal kawasan.

“Malam ini hanya dilakukan pemeriksaan imbasan CT ke atas jenazah. Kami mohon semua pihak mendoakan agar urusan ini dipermudahkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular