HomeUtamaKes Zara Qairina: Bedah siasat wajib, patuhi Seksyen 330 – Armizan

Kes Zara Qairina: Bedah siasat wajib, patuhi Seksyen 330 – Armizan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Normimie Diun

TUARAN: Bedah siasat bagi kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina adalah kewajipan di bawah Seksyen 330 Kanun Tatacara Jenayah kerana punca kematiannya tidak jelas, tegas Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, arahan Pejabat Peguam Negara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan susulan termasuk menggali semula kubur bagi proses bedah siasat adalah langkah tepat dan wajar.

“Dari awal lagi, dalam kes-kes yang tidak jelas punca kematiannya, bedah siasat wajib dilakukan bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit. Pegawai Penyiasat mempunyai kewajipan menentukannya sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 330,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Betitik sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Kampung Lok Batik, di sini, hari ini.

Armizan turut menggesa pihak berkuasa agar bersikap terbuka mempertimbangkan prosiding inkues sekiranya keadaan memerlukan, bagi membolehkan semua fakta dan keterangan saksi relevan didedahkan secara terbuka kepada umum.

“Langkah ini penting bagi membendung spekulasi dan fitnah, serta memastikan keadilan buat arwah Zara ditegakkan melalui proses yang telus dan berlandaskan undang-undang,” katanya sambil menegaskan kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan tidak bertujuan mencampuri siasatan.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa jatuh dari bangunan asrama pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 petang, keesokan harinya (17 Julai).

Kejadian itu tular di media sosial susulan dakwaan kejadian buli yang mengaitkan anak menteri, VIP dan individu berpengaruh dengan kematian pelajar terbabit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular