HomeUtamaKMJG medium salur maklumat dan santuni masyarakat

KMJG medium salur maklumat dan santuni masyarakat

Read Time:1 Minute, 31 Second

Sipitang: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 menjadi medium bagi menyalurkan maklumat dan inisiatif terkini kerajaan, di samping menyantuni masyarakat.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Matbali Musah berkata, KMJG anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang disertai oleh pelbagai agensi bukan sekadar program tahunan tetapi ianya juga menjadi wadah kepada kesemua agensi tersebut untuk menyampaikan maklumat sambil menyantuni rakyat dengan perkhidmatan yang diberikan.

“KMJG ini bukanlah sekadar acara tahunan semata-mata, ia menjadi platform kepada Jabatan Penerangan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta GLC yang terlibat untuk menyantuni rakyat serta memasarkan maklumat dan memperkenalkan inisiatif dan dasar terkini kerajaan kepada khalayak.

“Jika kita lihat, semangat patriotisme yang mereka bawakan adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.

“Saya difahamkan Sipitang merupakan hentian ke-15 bagi konvoi ini dalam laluan mereka menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini dengan membawa misi patriotik agar masyarakat terlibat secara langsung dalam sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) selaras dengan tema sambutan pada tahun iaitu Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Terbuka Masjid Imam Haji Awang Hashim di sini pada Jumaat.

Matbali yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, tema tersebut amat sesuai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai menyemai perpaduan itu adalah tanggungjawab semua pihak.

“Tema ini amat sesuai sekali, bukan sekadar kita menyantuni negara kita Malaysia yang tercinta ini juga rakyat kita keseluruhannya.

“Kita sudah maklum seluruh rakyat ini adalah bertanggungjawab untuk negara, dalam kita memastikan bersemaraknya negara kita adalah kerana sokongan rakyat, kesepaduan, kesepakatan dan juga semangat mufakat di kalangan rakyat di Malaysia,” katanya.

KMJG 2025 yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor telah masuk hari kelima dengan melalui perjalanan sejauh 314 km, tujuh daerah dan 15 perhentian untuk sampai ke Sipitang.-

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular