HomeUtamaPermohonan gali kubur Zara dibuat di IPD Papar hari ini – Peguam

Permohonan gali kubur Zara dibuat di IPD Papar hari ini – Peguam

Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh J.Evachel John

KOTA KINABALU: Permohonan untuk menggali kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini, menurut peguam.

Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, permohonan itu adalah sebahagian daripada prosedur sebelum proses penggalian dijalankan bagi tujuan bedah siasat.

“Permohonan perintah menggali kubur Zara akan didengar pada jam 1.00-1.30 tengahari ini di IPD Papar.

“Penggalian kubur akan dilakukan petang ini setelah perintah diperolehi. ⁠Doakan perjalanan semua perkara dimudahkan Allah SWT,” kata peguam dalam satu kenyataan rasmi.

Tambah Hamid, Zara dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang.

Zara, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa jatuh dari bangunan asrama. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 petang, 17 Julai.

Kejadian itu tular di media sosial susulan dakwaan kejadian buli yang mengaitkan anak menteri, VIP dan individu berpengaruh dengan kematian pelajar terbabit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Terdahulu pasukan guaman merayu kepada Peguam Negara supaya memulangkan semula kertas siasatan kepada pihak polis bagi membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

Pada 6 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengembalikan laporan penuh siasatan awal berkaitan kematian Zara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), berserta arahan bagi melengkapkan beberapa perkara tertentu sebelum tindakan lanjut diambil.

Dalam kenyataan rasmi pada 7 Ogos, peguam menyifatkan tindakan itu adalah selaras dengan salah satu daripada empat perkara yang dipohon oleh keluarga Zara dalam surat mereka bertarikh 5 Ogos 2025 kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Peguam berharap tiga perkara penting telah dimasukkan dalam arahan yang dimaksudkan iaitu penyiasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, penggalian semula kubur Zara untuk membolehkan satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian, dan satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara.

Kelmarin (8 Ogos), mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Menurut AGC, tindakan terbaru itu antara beberapa arahan yang dikeluarkan pihaknya untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan.

Katanya, keperluan untuk menggali semula jenazah Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular