HomeUtamaJETAMA kaji teknologi atasi ‘Air Lock’ dalam sistem paip

JETAMA kaji teknologi atasi ‘Air Lock’ dalam sistem paip

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, JETAMA Sdn Bhd akan mengkaji dan meneliti sebuah teknologi inovatif yang mampu mengurangkan masalah ‘air lock’ dalam sistem paip.

Pengerusi Jetama Water Sdn.Bhd, Liau Fui Fui berkata, teknologi itu dilihat sebagai salah satu langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi gangguan bekalan air di negeri ini.

“Saya baru sahaja melawat beberapa reruai tadi untuk melihat apa yang mereka tawarkan. Salah satu teknologi yang saya lihat ialah teknologi untuk mengurangkan air lock (angin terperangkap) dalam paip dan meningkatkan tekanan air dengan lebih cepat. 

“Ini memang sangat diperlukan di Sabah kerana kita sering berdepan dengan gangguan bekalan air. Jadi, dengan teknologi seperti ini, kita boleh meningkatkan tekanan air dan mempercepatkan pemulihan bekalan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Asiawater Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu.

Majlis itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Fui Fui berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pasukan teknikal bagi menilai sama ada teknologi itu sesuai untuk diaplikasikan dalam sistem semasa negeri Sabah.

“Saya akan berbincang dengan pasukan teknikal saya mengenainya, dan kami akan kaji sama ada boleh dilaksanakan atau tidak,” katanya.

Teknologi yang diperkenalkan pada Persidangan Asia Water 2025 itu  menghimpunkan lebih 2,000 peserta serta lebih 40 reruai pempamer dari seluruh Asia Tenggara. 

Selain menyasarkan pemindahan teknologi dalam sektor air, Fui Fui berkata, penganjuran Asia Water juga memberi peluang untuk perkongsian ilmu dan jaringan kerjasama antara agensi, pakar dan pelabur dari rantau Asia Tenggara.

“Selain air, kita juga ingin manfaatkan platform ini untuk membawa masuk teknologi dan ilmu baharu yang akhirnya dapat memperkukuh infrastruktur negeri.

“Kesan sampingannya juga boleh memajukan industri pelancongan melalui peningkatan kemudahan asas,” katanya

Sabah buat pertama kali menjadi tuan rumah persidangan berprestij ini, dan penglibatan Jetama sebagai rakan strategik utama mencerminkan komitmen syarikat dalam menerajui pembaharuan dalam sektor bekalan air negeri. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular