HomeUtamaKes rasuah libatkan Albert Tei dan dua Adun Sabah disebut semula 23...

Kes rasuah libatkan Albert Tei dan dua Adun Sabah disebut semula 23 September

Read Time:2 Minute, 27 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan seorang ahli perniagaan dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah berhubung lesen untuk mencarigali mineral di Sabah akan disebut semula pada 23 September nanti.

Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, menetapkan tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) bagi ketiga-tiga tertuduh atas permintaan pihak pendakwaan.

Tertuduh dalam kes ini ialah Adun Sindumin Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob; Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; serta ahli perniagaan, Datuk Tei Jiann Cheing, yang juga dikenali sebagai Albert Tei.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen telah diserahkan kepada peguam bela mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, pendakwaan memohon agar tarikh PTCM yang baharu ditetapkan dalam tempoh sebulan, bagi tujuan penyerahan dokumen tambahan seperti laporan forensik, data telekomunikasi, dan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.

Pada 30 Jun lalu, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://chronivo.my/2025/06/30/dua-adun-sabah-ahli-perniagaan-didakwa-di-mahkamah-hari-ini/

Andi dan Dr Yusof masing-masing didakwa menerima rasuah daripada ahli perniagaan Tei berkaitan permohonan lesen yang berasingan, manakala Tei pula menghadapi dua pertuduhan memberi rasuah kepada kedua-dua ADUN tersebut.
Dr Yusof didakwa menerima rasuah dari Tei RM200, 000 sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan ‘Prospecting License’ syarikat Nusa Kini Sdn. Bhd. bagi mendapatkan lesen untuk mencarigali mineral di Sabah pada 6 Mac 2023, jam lebih kurang jam 2 petang, bertempat di Rooftop Bar & Grill @ Hilton Kota Kinabalu, dekat sini.

Andi, didakwa secara rasuah menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM150,000 daripada Tei sebagai dorongan untuk membantu menguruskan permohonan ‘Prospecting License’ syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd bagi mendapatkan lesen untuk mencarigali mineral di Sabah pada 12 Mei 2023, jam lebih kurang 11 malam bertempat di hadapan kediaman tertuduh di Jalan Pantai Sembulan.

Tei, 37, dari Selangor, didakwa memberikan suapan RM200, 000 dan RM150, 000, masing-masing kepada Dr Yusof dan Andi sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan ‘Prospecting License’ bagi mendapatkan lesen untuk mencarigali mineral di Sabah untuk dua buah syarikat.

Dr Yusof dan Andi didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, manakala Tei didakwa di bawah Seksyen 16(b)(A) akta yang sama.

Semua kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah rasuah atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Andi dan Dr Yusof hadir di mahkamah, manakala Tei mengikuti prosiding secara dalam talian melalui Zoom.

Jaminan ketiga-tiga tertuduh dilanjutkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Izzati Sapifee dan Rustam Sanip.

Barisan peguam bela Andi terdiri daripada Datuk Ram Singh, Rizwandean Bukhary M. Borhan, Datin Jaharah Patimbangi Elhanan James, Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Prem Elmer Ganasan.

Pasukan guaman yang sama, kecuali Jaharah, mewakili Dr Yusof, manakala Tei diwakili oleh peguam Edward Paul, Batholomew Jingulam, dan Jul Hamri Jumhani.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular