HomeUtamaBarangan peribadi termasuk pakaian ketika kejadian diserahkan kepada polis – Peguam

Barangan peribadi termasuk pakaian ketika kejadian diserahkan kepada polis – Peguam

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Beberapa barangan peribadi milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, termasuk pakaian yang dipakai pada hari kejadian, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan.

Peguam keluarga mangsa, Hamid Ismail, ketika dihubungi berkata penyerahan barangan tersebut dilakukan sekitar jam 2 petang tadi di pejabat guamannya.

Terdahulu, Hamid dan Shahlan Jufri dalam satu kenyataan bersama awal pagi tadi memaklumkan bahawa mereka akan menyerahkan semua pakaian dan barangan peribadi milik Zara, termasuk yang dipakai semasa kejadian, kepada pihak polis.

Tindakan tersebut diambil susulan panggilan daripada pihak polis yang menghubungi mereka semalam bagi tujuan ini.

Sebelum ini, pasukan guaman mendedahkan bahawa pihak polis tidak pernah mengambil atau memohon daripada anak guam mereka untuk mendapatkan semua pakaian dan barang tersebut bagi tujuan siasatan.

Justeru, pasukan guaman berpendapat bahawa kertas siasatan yang telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh, serta mempunyai skop siasatan yang sangat terhad.

Zara, yang ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini pada jam 11 pagi, 17 Julai lalu.

Kejadian tersebut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen selepas ia dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sekolah berkenaan.

Keluarga Zara pada 1 Ogos dilaporkan telah memohon agar satu inkues diadakan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian Zara.

Sehingga kini, belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai permohonan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular