HomeUtama1,263 graduan bakal terima Diploma dan Sijil di Konvokesyen PKK

1,263 graduan bakal terima Diploma dan Sijil di Konvokesyen PKK

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dijadual akan menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu (PKK) kali ke-29 pada 3 September ini.

Pengarah PKK, Mohd Nor Abdul Halim berkata Tun Musa akan menyampaikan diploma dan sijil kepada 594 graduan pada sesi pertama termasuk 23 penerima anugerah.

“Jumlah keseluruhan calon konvokesyen kali ini adalah seramai 1,263 orang yang dibahagikan kepada dua sesi.

”Sesi kedua akan berlangsung pada 4 September membabitkan 699 graduan, dan penyampaian diploma serta sijil akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud,” katanya.

Mohd Nor berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin bagi menjemput beliau menyempurnakan istiadat berkenaan.

Majlis yang akan diadakan di Dewan Rafflesia, PKK itu akan menyaksikan penyampaian beberapa anugerah utama seperti Anugerah Graduan Cemerlang Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah bagi Sesi I dan II 2023/2024.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular