HomePolitik‘Cinta Tiga Segi’ Politik Sabah: PH sedia jadi penyatu antara BN dan...

‘Cinta Tiga Segi’ Politik Sabah: PH sedia jadi penyatu antara BN dan GRS – Anwar

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) bersedia memainkan peranan sebagai penyatu dalam kerjasama politik di Sabah melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi menjamin kestabilan pentadbiran negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas dinamika politik Sabah yang sering digambarkan sebagai “cinta tiga segi” antara PH, BN dan GRS, Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah pembentukan kerjasama strategik rentas parti demi kestabilan dan pembangunan.

“Cinta itu menyenangkan, kadangkala ada sedikit duka. Tapi itulah makna cinta,” katanya secara berseloroh ketika ditanya mengenai kedudukan PH sekiranya berlaku pertembungan antara BN dan GRS dalam pilihan raya akan datang.

Namun, beliau menegaskan bahawa PH kekal komited untuk memainkan peranan konstruktif dalam memperkukuhkan agenda reformasi dan menyokong kerjasama antara parti.

“Kita sedia bekerjasama dengan BN dan GRS. Rundingan sedang berlangsung dan perbincangan terperinci dikendalikan oleh jawatankuasa berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama kepimpinan PKR Sabah di sini, hari ini.

Anwar berkata PH memahami keperluan mewujudkan kolaborasi menyeluruh antara semua gabungan politik bagi menjamin keseimbangan kuasa serta pembentukan kerajaan negeri yang stabil.

“Apa yang penting ialah untuk memastikan kita tidak terjebak dalam pertembungan yang tidak perlu. Kalau boleh dielakkan, kita akan cuba elak. Tapi dalam politik, ada yang mungkin, ada yang mustahil,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mesej persefahaman politik telah disampaikan kepada ketiga-tiga pihak PH, BN dan GRS bagi menyusun strategi secara berhemah menjelang pilihan raya negeri yang akan datang.

Mengenai pembahagian kerusi, Anwar berkata perkara itu sedang dibincangkan oleh pasukan pilihan raya PH.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular