HomeUtamaFKAT cipta sejarah, raih tiga pengiktirafan Malaysia Book of Records

FKAT cipta sejarah, raih tiga pengiktirafan Malaysia Book of Records

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) mencatat sejarah tersendiri apabila meraih tiga pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), menjadikannya antara acara kebudayaan paling signifikan di negara ini.

Tiga kategori yang direkodkan MBOR ialahPenganjuran Festival Melibatkan Kepelbagaian Etnik Paling Lama di Malaysia,Persembahan Tarian Etnik Terbanyak Dalam Satu Acara, dan
Perarakan Etnik Teramai Dalam Satu Acara.

Pengiktirafan itu disampaikan kepada Presiden MPT l, Joseph Pang, dalam acara kemuncak FKAT yang berlangsung malam tadi di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Ribuan warga Tawau dan dari daerah sekitarnya membanjiri dataran MPT bagi menyaksikan persembahan kebudayaan dari pelbagai etnik di negeri ini.

Turut menjadi perhatian ialah persembahan kebudayaan dari tiga negara iaitu Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.

Dalam majlis itu juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diwakili oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji berkata, FKAT bukan sahaja memperlihatkan kepelbagaian budaya Sabah, malah menjadi simbol perpaduan rakyat berbilang etnik di negeri ini yang berjaya menarik perhatian nasional dan antarabangsa.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini khusus untuk pemeliharaan dan pemerkasaan warisan budaya dan seni tempatan.

Beliau berkata, festival seperti FKAT turut memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti melalui kemasukan pelancong serta peluang niaga kepada usahawan tempatan, penggiat seni, pengusaha homestay dan peniaga kecil.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular