HomeUtamaTiada siapa akan dilindungi jika terbabit jenayah - PM

Tiada siapa akan dilindungi jika terbabit jenayah – PM

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sesiapa akan dilindungi jika didapati terlibat dalam jenayah termasuk kes pembunuhan mahupun rasuah.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan terhadap individu tertentu khususnya dalam kes kematian seorang pelajar sebuah sekolah di Papar baru-baru ini.

“Ada satu kematian baru-baru ini, Menteri Pendidikan diserang, apa jadi negara kita.  Saudara-saudari, kematian ini bukan soal yang ringan, anak petani miskin di Kundasang, kalau mati itu tanggungjawab kita bersama.

“Saya sudah berbicara terus dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid, dan Menteri Dalam Negeri. Saya kata, buat siasatan segera, cari segala fakta dan selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Sabah 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Anwar berkata, seramai 60 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan kes berkenaan.

“Kita negara hukum, bukan negara fitnah. Siapa pun terlibat, Tan Sri, Dato’ Sri, atau Menteri, kalau terbukti terlibat dalam jenayah, mereka tidak akan diberi perlindungan.

“Jangan fitnah anak menteri, atau timbalan perdana menteri. Kalau ada bukti, biar siasatan tentukan.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa laporan penuh siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mencampuri proses undang-undang, tetapi hanya mendapatkan maklumat agar rakyat tahu perkembangan sebenar.

“Saya tanya Peguam Negara selepas majlis musabaqah, dan dia sahkan laporan akan diterima. Saya tak campur, cuma nak pastikan rakyat tahu keadaan sebenar,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular