HomeSukan36 atlet MBPK Kota Kinabalu sedia beri saingan di MSSS Tambunan 2025

36 atlet MBPK Kota Kinabalu sedia beri saingan di MSSS Tambunan 2025

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 36 orang atlet Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) tampil menjadi ‘duta kecil’ bagi mewakili daerah Kota Kinabalu ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) di Tambunan 2025.

Atlet MBPK yang diiringi 14 orang guru pengiring itu diyakini mampu meraih kejayaan meskipun berdepan cabaran yang menguji ketahanan pada murid terlibat.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, kejohanan itu bukan sekadar acara sukan, tetapi medan untuk menggilap potensi dan membentuk jati diri para atlet MBPK.

“Kalian membawa bersama semangat seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, doa para ibu bapa, harapan para guru dan keyakinan seluruh komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelepasan kontinjen MBPK Kota Kinabalu ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat MSSS Tambunan di sini pada Sabtu.

Arif berkata, para atlet turut diseru untuk bertanding dengan penuh semangat dan keyakinan, di samping menjadikan setiap langkah dan aksi sebagai bukti latihan serta disiplin yang telah dilalui.

Katanya, penekanan turut diberikan bahawa kemenangan bukan hanya dinilai melalui kalungan pingat, tetapi melalui keberanian mencabar diri dan semangat pantang menyerah.

Menurutnya, kejohanan itu dijangka membuka ruang kepada para atlet MBPK untuk menyerlahkan kebolehan serta menyemai semangat inklusif dalam arena sukan peringkat negeri.

“Semoga kontinjen Kota Kinabalu membawa pulang kejayaan dan pengalaman bermakna dari bumi Tambunan,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular