Kota Kinabalu : Empat daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah Pitas,Kota Marudu, Beaufort dan Tenom
Selain Sabah, terdapat lima kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling (Kedah, Kulim & Bandar Baharu), Selama (Perak), Maran dan Rompin (Pahang).
“Bagi kawasan di Sarawak, hanya satu kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Limbang,” menurut kenyataan itu di sini.
Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 4 petang pada Sabtu.
Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – Chronivo