HomeUtamaKes buli pelajar di Sabah: hentikan segera komen negatif, sentuh 3R -...

Kes buli pelajar di Sabah: hentikan segera komen negatif, sentuh 3R – KPN

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Semua komen negatif berkaitan kes buli pelajar di negeri ini yang boleh mencetuskan kegusaran dan menyentuh isu 3R iaitu Agama, Kaum, Raja patut dihentikan segera.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata ruang secukupnya perlu diberi kepada Polis untuk menyiapkan siasatan sepenuhnya.

“Saya menyeru kepada semua pihak supaya memberi ruang kepada pihak polis meneruskan siasatan. Komen negatif dan persepsi masyarakat yang mengaitkan dengan isu 3R kadangkala menyukarkan kita untuk menyelesaikan siasatan dan sebagainya

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

“Jadi, saya menyeru kepada pihak-pihak yang berkaitan supaya tidak membuat komen-komen yang negatif, komen-komen yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik ataupun kegusaran mengaitkan pihak-pihak tertentu, politik dan juga pihak istana dalam isu ini yang saya rasa patut dihentikan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes buli melibatkan kematian pelajar dari Sipitang Allahyarham Zara Qaitina Mahathir, 13, pada 17 Julai lalu, Mohd Khalid berkata, setakat ini, 60 saksi merangkumi pelajar, kakitangan serta guru telah dirakam keterangan.

“Jadi, banyak perkara-perkara yang kita perolehi, maklumat-maklumat yang kita dapat dan Alhamdulillah kertas siasatan telah kita siapkan dan telah diserahkan kepada pihak jenayah di peringkat Bukit Aman dan kita akan bawa kepada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Khalid yang ditemui media selepas membuat kunjungan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman hari ini, berkata, kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan isu-isu keselamatan dan kestabilan Negeri Sabah.

“Kita berbincang tentang isu-isu keselamatan dan juga kestabilan negeri Sabah. PDRM sentiasa terbuka untuk memastikan kestabilan politik dan juga keselamatan negeri Sabah ini sentiasa aman dan damai untuk semua rakyat negeri Sabah.

“Pesuruhjaya Polis Sabah juga sentiasa memberikan yang terbaik bagi memastikan keselamatan Sabah bukan sahaja melibatkan isu-isu domestik tetapi juga melibatkan isu-isu antarabangsa terutama sekali perairan kita bersama dengan negeri, dengan Filipina dan juga tuntutan-tuntutan oleh pihak China dan juga dengan lain negara.

“Alhamdulillah setakat ini, kita berada dalam suasana win-win situation berbincang dengan baik dan sempurna supaya semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Hadir mengiringi beliau di Istana Seri Kinabalu ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Kunjungan tersebut bersempena dengan lawatan sulungnya ke Sabah sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular