HomeUtamaProgram pembangunan RMK13 selaras dengan Halatuju SMJ 

Program pembangunan RMK13 selaras dengan Halatuju SMJ 

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyambut baik program pembangunan dan peruntukan untuk negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia adalah selaras dengan pelan pembangunan negeri Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“Ia juga jelas mencerminkan sokongan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Hajiji turut berpuas hati apabila beberapa projek berimpak tinggi yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri telah dimasukkan dalam RMK13. 

Antara projek pembangunan yang dicadangkan termasuklah perluasan utiliti kritikal (air, kumbahan, pemindahan), infrastruktur strategik (jalan raya, tebatan banjir, kesihatan), serta hab Ekonomi Biru. 

Di bawah RMK13, Kerajaan Persekutuan juga akan memberi keutamaan kepada rangkaian jalan Sabah-Sarawak-Kalimantan yang sejajar dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur, katanya. 

Turut diberi penekanan ialah strategi pembasmian kemiskinan secara intensif serta sokongan terhadap transformasi digital dan daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

“Kerajaan Negeri pada masa ini telah merangka pelan untuk memastikan Sabah terus maju ke hadapan,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular