HomeUtama10 Ketua Isi Rumah, 47 mangsa kebakaran Kg Cempaka terima bantuan

10 Ketua Isi Rumah, 47 mangsa kebakaran Kg Cempaka terima bantuan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seramai 47 mangsa daripada 10 Ketua Isi Rumah yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Kampung Cempaka, Batu 4 di sini telah menerima bantuan awal bagi meringankan beban mereka.

Bantuan tersebut disampaikan dalam satu majlis di Dewan Serbaguna Batu 4 pada Selasa dan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut Nizam, bantuan awal itu adalah langkah segera bagi memastikan mangsa mendapat keperluan asas sementara menunggu proses bantuan susulan dan pemulihan.

“Bantuan ini diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa dan keluarga mereka. Kami juga akan terus komited dalam usaha membantu proses pemulihan selanjutnya.

“Kami memahami bahawa ujian ini amat berat, namun percayalah bahawa setiap musibah yang berlaku pasti terselit hikmah yang telah Allah S.W.T tentukan. Semoga semua mangsa terus diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” katanya..

Turut sama dalam penyerahan bantuan itu ialah ADUN Balung, Datuk Hamild Awang; Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang; Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Apas, M Azirian Syah Ali serta wakil agensi-agensi kerajaan dan pemimpin tempatan.

Kebakaran pada 25 Julai lalu itu memusnahkan lima buah rumah sepenuhnya dan merosakkan tiga lagi di kawasan penempatan setinggan atas air di Kampung Cempaka.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular