HomeUtamaSLS gesa siasatan telus, menyeluruh dan bebas berhubung kematian Zara Qairina

SLS gesa siasatan telus, menyeluruh dan bebas berhubung kematian Zara Qairina

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) menggesa siasatan yang menyeluruh, telus dan bebas dijalankan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang telah mencetuskan kebimbangan meluas di Sabah dan seluruh negara.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin berkata, pemergian pelajar berkenaan tidak berlaku dalam ruang kosong, sebaliknya menimbulkan pelbagai persoalan serius mengenai keselamatan di sekolah, kebajikan pelajar dan kecekapan tindak balas institusi yang sepatutnya melindungi mereka.

“Kes ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja dan tidak harus dilupakan. Ia telah mengundang pertanyaan orang ramai sama ada sistem perlindungan kanak-kanak yang ada benar-benar berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan keluarga Zara Qairina yang telah melantik peguam untuk mewakili mereka bagi mendapatkan keadilan melalui saluran undang-undang.

“Kami sedang memantau perkembangan kes ini dengan teliti dan akan terus berbuat demikian,” tambahnya.

Nazim menegaskan bahawa setiap fakta berkaitan kes itu mesti didedahkan secara jujur, manakala semua prosedur yang terlibat perlu dikaji semula secara teliti. Sebarang kelemahan atau kecuaian perlu dikenalpasti dan ditangani dengan penuh tanggungjawab serta semangat pembaharuan institusi.

“Ini bukan soal menyalahkan mana-mana pihak. Ini soal memastikan tiada lagi kanak-kanak dibiarkan dalam keadaan terdedah dan tidak selamat,” tegasnya.

Beliau turut menggesa semua institusi berkaitan untuk bertindak dengan keberanian dan integriti, tanpa bersikap defensif, berdiam diri atau melengah-lengahkan tindakan, khususnya apabila melibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya lagi, tragedi Zara Qairina harus menjadi titik perubahan dalam sistem semasa, dan membawa kepada langkah pembaikan yang lebih bermakna demi keselamatan generasi akan datang.

“Jika anak-anak kita tidak selamat, maka tiada perkara lain yang lebih penting. Demi masa depan mereka, kita tidak boleh lagi memalingkan muka dan kita mesti mula menuntut perubahan yang lebih baik,” tegas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular