HomeUtamaSabah tuan rumah Program Sufi Se-Nusantara 3.0 Ogos ini

Sabah tuan rumah Program Sufi Se-Nusantara 3.0 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sabah bakal menjadi tujuan penganjuran Program Sufi Se-Nusantara 3.0 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 21 Ogos ini.

Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, program tersebut akan menghimpunkan tokoh-tokoh dan para ulama ahli-ahli Sufi dari beberapa buah negara Nusantara.

Katanya, majlis perasmiannya dijadual akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada 22 Ogos.

“Jadi, tujuan utama kunjungan kami adalah untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun tentang program yang akan diadakan pada 21 sampai 24 Ogos bulan hadapan insyaAllah dan Alhamdulillah, Tuan Yang Terutama berbesar hati untuk bersama dalam majlis perasmian.

Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar

“Majlis perasmian akan diadakan pada 22 Ogos pada sebelah malam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Pada 21 Ogos di Kundasang supaya Masyayikh Sufiyah kita ini merasai kesejukan Kundasang 

“Program ini akan dihadiri oleh tokoh-tokoh dan para ulama ahli-ahli Sufi setakat ini, kita dapat maklumat daripada Kemboja, Thailand, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia dan saya difahamkan ada juga daripada Australia.

“Setakat ini, kita dapat maklumat kehadiran dari Kemboja, Thailand, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia dan saya difahamkan ada juga daripada Australia,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Bungsu berkata, program anjuran kerajaan negeri yang digerakkan oleh Pejabat Mufti Sabah bersama dengan Rabithah Masyayikh Sufiyah Nusantara serta beberapa badan-badan lain yang bekerjasama meletakkan sasaran penyertaan sehingga 4,000 orang.

“Sasarannya orang awam dan juga orang-orang yang berminat dalam hal agama khususnya dalam bidang tasawuf jadi, kita anggarkan dalam 3,000 hingga 4,000 orang akan hadir,” katanya.

Program Sufi Se-Nusantara sebelum ini diadakan di Negeri Sembilan pada tahun 2023 dan di Tasik Malaya di Indonesia pada tahun lepas.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular