HomeUtamaIni bukan keputusan sendiri, kerjasama sudah dibincang - Hajiji

Ini bukan keputusan sendiri, kerjasama sudah dibincang – Hajiji

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu: Keputusan mengenai kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dibuat secara bersama antara pemimpin parti komponen GRS sebelum diputuskan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut menafikan dakwaan kononnya beliau membuat keputusan sendiri berhubung kenyataannya, baru-baru ini.

“Tidak, kita telah berbincang dalam GRS, dengan semua presiden parti.

“Orang cakap jangan kamu terlampau dengar, politik di Sabah ini terlampau banyak orang yang pandai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan Petco Trading Labuan Company LTD, di sini, pada Rabu.

Hajiji diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya kenyataan Hajiji berhubung kerjasama dengan PH dibuat beliau sendiri.

Pada Ahad lalu, Hajiji menyatakan GRS akan terus bekerjasama dengan PH, tetapi mahu GRS mengetuai kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Sementara itu, ditanya bila Majlis Tertinggi GRS mengadakan mesyuarat, beliau berkata akan memanggil mereka tidak lama lagi.

“Saya panggil nanti, mana saya boleh beritahu sekarang, belum lagi,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular