HomeUtamaOperasi Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dihentikan

Operasi Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dihentikan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghentikan serta-merta pengoperasian Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bagi sebarang tempahan atau penggunaan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, penghentian operasi itu adalah susulan insiden kebakaran yang berlaku sehingga menyebabkan kerosakan kepada harta benda dan struktur dewan, dalam kejadian awal pagi pada Selasa.

Menurut DBKK, penilaian kerosakan dan perancangan kerja-kerja pemulihan kini sedang giat dijalankan.

“Orang awam yang telah membuat tempahan penggunaan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, boleh membuat pembatalan dan seterusnya mendapatkan pengembalian bayaran tempahan dengan hadir terus ke Unit Tempahan Dewan, Jabatan Pengurusan Harta (JPH), DBKK bertempat di Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah, Kota Kinabalu.

“Tempahan penggunaan dewan yang dibuat secara manual melalui kaunter acara DBKK, proses pengembalian bayaran akan dilakukan menerusi surat rasmi daripada pihak DBKK.

“Tempahan yang dibuat melalui aplikasi GoNet, bayaran akan dipulangkan secara automatik ke dalam akaun GoNet penempah,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK memaklumkan, orang ramai juga boleh  menghubungi Jabatan Pengurusan Harta (JPH), DBKK di talian 088-244000 samb. 621 atau 012-2143740 (Cik Shafirah), pada waktu pejabat iaitu Isnin hingga Jumaat, bermula 8 pagi hingga 5  petang untuk maklumat lanjut.

Dalam pada itu, operasi Pusat Lestari Kota Kinabalu yang terletak di pekarangan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu turut dihentikan buat sementara waktu dan akan ditempatkan sementara ke kawasan Dewan Serbaguna Damai mulai pertengahan bulan Ogos 2025.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK di talian 017-8272217.

DBKK memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku berikutan penghentian operasi tempahan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan Pusat Lestari Kota Kinabalu.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan hal ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi DBKK, dari semasa ke semasa. – Chronivo 

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular