HomeUtamaLawatan ke Indonesia satu langkah positif untuk Sabah - Hajiji Noor

Lawatan ke Indonesia satu langkah positif untuk Sabah – Hajiji Noor

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan lawatan kerja ke Indonesia yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai satu perkara yang positif.

Hajiji berkata, lawatan kerja dan perbincangan yang telah diadakan dengan pihak-pihak berkaitan adalah demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri secara keseluruhan.

Katanya, perbincangan yang berlangsung baru-baru ini adalah amat positif dan kini berada dalam fasa memperhalusi perkara-perkara penting yang dibangkitkan.

“Kita telah pun menyatakan pendirian Kerajaan Negeri dan perbincangan serta mesyuarat itu amat positif sekali. 

“Sekarang, perkara-perkara berkaitan sedang diperhalusi dan ianya amat baik untuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan Petco Trading Labuan Company LTD di sini pada Rabu.

Turut diadakan pada majlis sama majlis menandatangani memorandum perjanjian antara DBKK dengan Alpha Ocean Resources Berhad.

Ketika diminta mengulas isu tuntutan sempadan maritim Ambalat, Hajiji menjelaskan bahawa perkara itu belum lagi dibincangkan secara rasmi dan ia tertakluk kepada undang-undang antarabangsa.

“Itu belum lagi. Ia akan dibincang berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jadi, belum ada apa-apa. Jangan dijadikan isu politik di sini,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, sebaliknya mengikut undang-undang dan rundingan.

“Berkenaan isu Ambalat (Laut Sulawesi), ia mengikut undang-undang, kita tidak mengambil sikap agresif, jangan menceroboh kawasan masing-masing,” katanya.

Isu Ambalat merupakan isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi yang terletak di antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.

Ketegangan isu berkenaan berlaku pada 2005. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular