HomeUtamaProgram TVET hospitaliti tajaan TPNS beri peluang kerjaya kepada belia B40

Program TVET hospitaliti tajaan TPNS beri peluang kerjaya kepada belia B40

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 orang belia dari pelbagai daerah di Sabah pada Isnin diraikan dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Program Sijil Kompetensi Operasi Makanan dan Minuman, anjuran Ascot Academy di sini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif.

Hadir sama Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Ramlan Awang Ali dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Inovasi dan Teknologi Digital KSTI Janudin Jumat.

Program latihan itu dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan dijalankan selama tiga bulan.

Ia merangkumi pembelajaran teori, latihan praktikal serta latihan industri yang dilaksanakan di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu.

Para peserta terdiri daripada anak muda berusia antara 18 hingga 26 tahun dari daerah-daerah seperti Kota Belud, Ranau, Telupid, Nabawan dan Kota Kinabalu, yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Ascot Academy dalam kenyataan memaklumkan, tajaan ini membuka peluang besar kepada belia untuk menyertai latihan kemahiran dalam bidang hospitaliti, seterusnya membina kerjaya dan membantu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

“Adalah menjadi matlamat kami untuk melatih golongan belia agar mereka menjadi tenaga kerja berkemahiran dan kompeten, seterusnya mampu berdikari serta menjana pendapatan secara mampan,” menurut kenyataan itu.

Majlis turut mengiktiraf Ady Wexlee Adwin,18, dari Ranau sebagai Pelatih Terbaik bagi sesi kali ini.

Beliau kini telah mendapat penempatan pekerjaan di Mercure Kota Kinabalu City Centre, membuktikan keberkesanan program TVET dalam menyediakan peluang pekerjaan sebenar kepada peserta.

Ascot Academy, yang beroperasi sejak 2010, merupakan sebuah kolej kemahiran yang memfokuskan kepada latihan dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari. Setiap peserta program TVET di akademi ini dijamin penempatan pekerjaan sebelum tamat latihan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular