HomeUtamaPAT Gagasan Rakyat ikrar sokongan penuh kepada Hajiji

PAT Gagasan Rakyat ikrar sokongan penuh kepada Hajiji

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini memberi sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai Presiden Gagasan Rakyat, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Ketua Menteri Sabah.

Exco Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Fahzean Mohiddin berkata, sokongan yang diberikan itu adalah atas kesedaran bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 semakin hampir, selain wujud pelbagai anasir yang cuba menggugat keharmonian politik negeri.

“Menyedari bahawa PRN Sabah semakin hampir serta terdapat banyak anasir yang cuba menggugat keharmonian politik negeri, maka persidangan ini menyatakan iltizam dan memperkukuhkan perpaduan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Presiden Gagasan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan usul politik pada PAT Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Fahzean berkata, keputusan sebulat suara daripada seluruh perwakilan membuktikan keyakinan teguh terhadap kewibawaan Hajiji dalam menerajui kerajaan negeri dan membawa parti mencapai kemenangan besar dalam PRN akan datang.

“Usul telah dipersembahkan. Seruan dan sokongan telah dilafaz. Maka Persidangan Agung Tahunan ini dengan tuntas memutuskan bahawa kita menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau turut menyeru para ahli parti dan barisan kepimpinan di semua peringkat juga harus mengangkat komitmen dan merealisasikan untuk memperkukuhkan perpaduan, memperkasa organisasi parti serta menangkis segala bentuk fitnah. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular