HomeUtamaAnak muda pemacu masa depan politik Sabah

Anak muda pemacu masa depan politik Sabah

Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Perwakilan yang hadir dalam Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan, bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan menjadi medan buat anak muda Sabah membuktikan peranan mereka sebagai penentu masa depan negeri.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin, Walter Antahar@Fiqrie, ketika ditemui Chronivo berkata, kawasan seperti Sindumin mencerminkan perubahan besar apabila pengundi muda lebih kehadapan berbanding jumlah pengundi lain.

“Sindumin ada 26,050 pengundi. Daripada jumlah itu, 8,000 adalah pengundi muda. Ini satu kelebihan kepada mana-mana pihak yang mampu menarik minat mereka,” katanya.

Edwin (kiri) dan Dean. – Foto Chronivo/ Florieta Diet

Menurut beliau, politik hari ini lebih memihak kepada golongan muda berdasarkan pengamatan selama dua tahun setengah bekerja di lapangan.

“Kita tidak menafikan orang-orang lama, kerana orang lama dan muda berpisah tiada. Tetapi saya nampak trend sekarang menunjukkan pemuda di hadapan,” tambahnya.

Walter turut menekankan bahawa cabaran utama hari ini adalah persepsi yang dibentuk melalui media sosial. Isu-isu tular sering tidak menggambarkan realiti sebenar, malah kadang kala menjadi bahan ‘fitnah politik’.

“Isu hangat di media sosial bukan realiti sebenar. Ia lebih kepada ancaman politik. Namun saya yakin, kebijaksanaan dan kematangan orang muda hari ini sudah cukup untuk mereka menilai sendiri yang mana fakta dan yang mana agenda terselindung.

“Saya percaya belia Sabah hari ini tahu menilai mana yang baik, mana yang tidak. Jangan ragu dengan peranan anak muda,” katanya lagi.

Peningkatan ketara pengundi muda turut ditekankan oleh perwakilan dari DUN Labuk dalam daerah Beluran, Edwin Ahmad, yang menyatakan lebih 60 peratus pengundi muda kini berada dalam senarai pemilih.

“Tugas dalam perwakilan, kami akan terus mendekati anak muda di akar umbi menerusi pelbagai pendekatan program, aktiviti, dan gerak kerja yang memberi kefahaman,” jelas Edwin.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap kerajaan negeri hari ini yang disifatkan tidak meminggirkan luar bandar, khususnya dari segi peningkatan pendapatan rakyat dalam sektor pertanian, perikanan dan pelancongan.
Rakannya, Dean Daryl Peter, turut memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur sebagai bukti kesungguhan kerajaan yang perlu dijelaskan kepada belia.

“Saya nampak banyak pembangunan seperti naik taraf jalan gravel ke konkrit, pembinaan jeti awam dan rumah SMJ. Ini semua membawa manfaat nyata kepada rakyat luar bandar,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha mendidik pengundi muda harus diteruskan agar mereka memahami keperluan kesinambungan dasar dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

“Peranan kami dalam sayap Pemuda adalah beri kefahaman tentang politik kepartian dan pentingnya laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular