HomeUtamaEmpat kawasan di Sabah alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Empat kawasan di Sabah alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Empat kawasan di Sabah dilaporkam mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan.

Selain Sabah, empat lagi kawasan di Sarawak turut dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga.

“Bagi kawasan di Sarawak, empat kawasan terlibat adalah di Sibu, Marudi, Telang Usan dan Limbang,” menurut kenyataan itu di sini.

Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 4 petang pada Jumaat

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular