HomeUtamaHajiji hadir Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Gagasan Rakyat 

Hajiji hadir Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Gagasan Rakyat 

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menghadiri Majlis Jamuan  Makan Tengah Hari bersama pemimpin dan perwakilan yang menghadiri Persidangan Agung Tahunan 2025 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sipadan itu menghimpunkan kepimpinan utama dan perwakilan parti dari seluruh negeri sebagai pembuka gelanggang kepada persidangan tiga hari yang bermula hari ini hingga Ahad. 

Majlis turut diserikan dengan Perkongsian Pencapaian dan Hala Tuju Industri Minyak dan Gas Sabah oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat. 

Majlis jamuan ini menjadi pentas memperkukuh silaturahim antara pucuk pimpinan dan akar umbi parti itu menjelang persidangan yang dijangka membincangkan pelbagai isu pembangunan negeri, pengukuhan struktur parti serta kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang. 

Terdahulu pada sebelah pagi, Hajiji meluangkan masa menghadiri Seminar Penerangan Siri 3 di Dewan Sipadan SICC. 

Turut hadir Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Dr. Mohd.Arifin Mohd.Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, Ketua Pergerakan  Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan,  Ketua Beliawanis Negeri, Emmie Datuk Martin Idang, Setiausaha Agung, Datuk Mohd. Razali Razi, Bendahari Agung, Dato’ Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular