HomeUtama'Tunggu ucapan saya Ahad ini', Hajiji dijangka umum hala tuju Gagasan Rakyat

‘Tunggu ucapan saya Ahad ini’, Hajiji dijangka umum hala tuju Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor dijangka akan mengumumkan hala tuju penting parti itu sempena Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat Ahad ini.

Ketika ditanya mengenai usul atau hala tuju baharu parti menjelang pilihan raya akan datang, Hajiji yang Ketua Menteri Sabah hanya memberikan jawapan ringkas.

“Tunggu ucapan saya pada hari Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Penerangan Siri ke-3 Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Seminar itu yang turut dihadiri Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji ditanya mengenai kemungkinan sebarang usul besar berkaitan hala tuju Gagasan Rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 diputuskan pada persidangan itu yang bermula dengan persidangan peringkat sayap parti, esok.

Terdahulu, mengenai seminar tertutup hari ini, Hajiji berkata ia adalah perjumpaan ketua penerangan Gagasan Rakyat dari semua bahagian dan peringkat parti itu.

“Hari ini kita mulakan persidangan dengan berjumpa ketua-ketua penerangan parti daripada setiap bahagian dan semua peringkat. 

“Kita gerakkan jentera bagi penjelasan perjuangan parti apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini. Itu mesti diterangkan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, seminar itu bagi memastikan pemimpin Gagasan Rakyat di semua bahagian dan peringkat menggiatkan jentera bagi menghadapi PRN17. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular