HomeUtamaMangsa kebakaran Kg Bombalai bersyukur terima Rumah Mesra SMJ

Mangsa kebakaran Kg Bombalai bersyukur terima Rumah Mesra SMJ

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Mangsa kebakaran Kampung Bombalai kini boleh menarik nafas lega apabila menerima rumah baharu di bawah program Rumah Mesra SMJ hasil inisiatif dan sokongan Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis penyerahan rumah tersebut diadakan baru-baru ini sebagai kesinambungan kepada lawatan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal ke kawasan berkenaan selepas insiden kebakaran menimpa beberapa keluarga di kampung tersebut pada tahun lalu.

Penerima rumah SMJ yang ditemui melahirkan rasa syukur atas sumbangan rumah itu membawa makna besar kepada mereka yang rata-ratanya kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Mangsa kebakaran, Norfatin Shazwany Assan berkata, pemberian rumah tersebut diharap membawa rezeki yang lebih baik untuk keluarganya.

“Terima kasih kepada Datuk Rina Jainal yang banyak membantu kami. Dengan adanya rumah ini, kami lebih bersemangat untuk memulakan hidup baru. Harap-harap lebih ramai dapat menerima rezeki yang sama,” katanya.

Ibu kepada enam orang anak kecil itu satu-satunya keluarga daripada tiga penerima rumah SMJ tersebut, yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran awal tahun lalu.

Sementara itu, dua lagi penerima turut berkongsi kegembiraan dan menganggap bantuan rumah SMJ tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri.

“Kami amat berterima kasih kepada Datuk Rina dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas perhatian mereka.

“Rumah ini memberi harapan dan semangat baharu kepada kami sekeluarga,” kata Roslan Jamal.

Majlis penyerahan rumah tersebut diadakan baru-baru ini sebagai kesinambungan kepada lawatan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal ke kawasan berkenaan selepas insiden kebakaran menimpa beberapa keluarga di kampung tersebut pada tahun lalu.

Ketiga-tiga penerima rumah SMJ yang ditemui melahirkan rasa syukur atas sumbangan rumah itu membawa makna besar kepada mereka yang rata-ratanya kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Norfatin Shazwany (tengah) menerima kunci Rumah SMJ dari Rina. – Foto Chronivo/ Sitti Nor Azizah Talata.
Roslan Jamal (tengah) bersama keluarganya gembira menerima rumah baharu mereka semasa majlis penyerahan kunci di Kampung Sri Bombalai. Tawau. – Foto Chronivo/ Sitti Nor Azizah Talata.

Program Rumah Mesra SMJ itu dimulakan pada 1 Ogos dan siap sepenuhnya pada DIsember 2024. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dalam membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan berkualiti.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua ‘Datuk’ antara lima individu ditahan Ops Karen seleweng diesel RM247...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular