HomeUtamaKarnival kerjaya anjuran SSMJ @ Sipitang berjaya cetus peluang pekerjaan di SOGIP

Karnival kerjaya anjuran SSMJ @ Sipitang berjaya cetus peluang pekerjaan di SOGIP

Read Time:1 Minute, 15 Second

Sipitang : Karnival Kerjaya MYFutureJobs X SSMJ @ Sipitang 2025 anjuran Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) semalam berlangsung dengan jayanya apabila berjaya menawarkan pekerjaan bagi beberapa pencari kerja yang datang.

Seramai 14 orang mendapat pekerjaan menerusi program ini, yang lain masih peringkat keputusan.

Seramai 15 majikan termasuk lima syarikat minyak dan gas serta 15 pempamer menyertai program ini yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar 2.

Seramai 1,100 orang hadir termasuk pelajar, pencari kerja dan graduan.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacib hadir dan menyampaikan retrospektif khas bertajuk Kesiapsiagaan Menyertai Impak Pelaburan di SOGIP.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi SSMJ Datuk Ramlee Kariah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah Datuk Harun Ismail, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah Dr Mohd Ali Hindia dan Pengarah Sumber Manusia Esteel Enterprise Sabah Elsa Lu Meng.

Dr Yusof berkata,  semua lapisan masyarakat Sipitang mesti memahami erti adanya kilang di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Katanya, sudah tentu ada peluang pekerjaan kira-kira 30,000 di SOGIP ketika fasa pembinaan dan pengoperasian.

“Limpahan luar SOGIP ini memberi manfaat kepada usahawan, penjaja di tamu, petani, penternak dan nelayan.

“Kita mesti proaktif dengan melibatkan diri seperti perkhidmatan bengkel membaiki kereta, perpaipan, elektrik, kedai gunting dan pusat penginapan,” katanya.

Justeru, beliau berharap program seperti ini, dapqt memberi kefahaman kepada penduluk Sipitang.

“Pada masa sama, saya memberi ingatan takut kalau kita tidak bersedia, lompong ini akan direbut orang luar,” katanya – Chronivo.

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan, pampasan insurans untuk keluarga mangsa tanah runtuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular