HomeUtamaWanita ditahan berkaitan kes kematian bayi dibuang

Wanita ditahan berkaitan kes kematian bayi dibuang

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Seorang wanita tempatan berusia 30 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki yang dipercayai dibuang sejurus selepas dilahirkan di Kampung Burung, Jalan Bakawali, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek ditahan pada 20 Julai lalu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, selepas siasatan awal mengaitkannya dengan insiden pembuangan bayi tersebut.

“Hasil siasatan mendapati wanita terbabit mengaku telah melahirkan bayi lelaki berkenaan di rumahnya, sebelum meninggalkannya di hadapan sebuah rumah di kawasan kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Bayi itu ditemui masih hidup oleh orang awam sekitar jam 3.06 pagi pada 18 Julai, dan pihak polis menerima maklumat melalui panggilan kecemasan yang kemudiannya membawa kepada penemuan bayi terbabit.

Bayi berkenaan segera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama, jam 7.02 malam.

Pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan pramatang dan mempunyai berat badan yang terlalu rendah, menyumbang kepada kematiannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” tambah Dzulbaharin.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Lahad Datu, dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu.

RELATED ARTICLES
Utama

Badan keagamaan dan pendidikan hargai keprihatinan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular