HomeUtamaLelaki warga asing didakwa edar lebih 2kg dadah

Lelaki warga asing didakwa edar lebih 2kg dadah

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih dua kilogram, dalam satu serbuan polis ke atas sebuah bengkel kenderaan di kawasan Hill Top, pada 7 Julai lalu.

Tertuduh, Aco Hawe, 41, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, semalam.

Mengikut pertuduhan, Aco didakwa mengedar dadah seberat 2,129.86 gram di sebuah bilik stor bengkel di Kampung Tator, Hill Top, pada jam 11.30 pagi, 7 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan oleh ASP Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut rekod, serbuan tersebut turut menyaksikan penahanan empat lelaki berusia antara 29 hingga 64 tahun, dengan rampasan dadah dipercayai syabu seberat 2.13 kilogram bernilai RM74,500.

Tiga daripada suspek ditahan di lokasi kejadian manakala seorang lagi diberkas di perkarangan Lapangan Terbang Tawau (LTT) ketika dipercayai cuba melarikan diri ke Kota Kinabalu.

Tiga daripada suspek terbabit yang merupakan rakyat tempatan, dua dari Tawau dan seorang dari Sarawak telah dibebaskan tanpa syarat dan kini dijadikan saksi pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular