HomeUtamaBeberapa kawasan di KK alami gangguan air sehingga akhir Julai

Beberapa kawasan di KK alami gangguan air sehingga akhir Julai

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Gangguan bekalan air dijangka akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu selama 12 hari bermula 19 Julai lalu.

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu adalah susulan kerja-kerja penyelarasan sistem aliran air dari Telibong 2 Fasa II ke sistem rangkaian sedia ada.

Berikutan itu, pasukan JANS akan melaksanakan bberapa penyelarasan aliran bagi menambah isipadu air secara berperingkat ke kawasan liputan yang terjejas.

Antara kawasan yang dijangka terkesan termasuklah Inanam, Manggatal, Sepanggar, Jalan UMS, Likas, Telipok serta kawasan sekitarnya.

Dalam tempoh ini, penduduk mungkin akan mengalami gangguan tekanan air dan dinasihatkan untuk mengambil langkah persediaan awal.

Pemulihan bekalan air dijangka akan berlaku secara berperingkat, dengan keadaan lebih stabil apabila kapasiti air ditingkatkan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran menjelang penghujung Julai 2025.

Sehubungan itu, JANS menyeru semua pengguna untuk menyimpan air secukupnya, memastikan paip ditutup rapi dan tidak digunakan secara tidak perlu bagi mengelakkan pembaziran.

“Orang ramai juga digalakkan untuk mendapatkan perkembangan terkini melalui aplikasi MyJANS, laman web rasmi JANS (water.sabah.gov.my) dan saluran media sosial JANS,” menurut kenyataan itu di sini/

Sebarang aduan atau kecemasan boleh dilaporkan menerusi Hotline Kota Kinabalu: 088-711593 / 088-711767.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular